Tuesday, October 18, 2016

perbezaan dakwah dan tabligh

Akhir2 ini kita sering dikelirukan perbezaan dakwah dan tabligh,Dakwah maksud ringkasnya adalah mengajak.Dakwah bermaksud kita menyebut kebesaran Allah kpd ummat berulang2 kali.. kesan dr dakwah ialah kita sudah sanggup korbankan diri dan harta kita utk agama Allah pd bila2 masa takaza dibentangkan. apa yg dimaksudkan hakikat dakwah? Apabila kita sudah terbiasa menyebut kebesaran Allah lg dan lg, iman akan meningkat.. segala apa yg kita sebut akan masuk ke dlm hati.. lalu kebesaran Allah yg kita ckp2kan selalu terpahat dlm hati..kesannya iman yaken terhadap perkara ghaib akan meningkat.. yg kedua adalah kita sudah mampu utk buat pengorbanan keluar di jln Allah jauh2.. tinggalkan harta, kerja, anak dan isteri semata2 atas maksud kerja dakwah ikut takaza bila2 masa.. itulah dakwah.. semua wajib buat dakwah.. tetapitidak semua wajib buat tabligh.. apakah maksud tabligh? tabligh membawa maksud taklim wal taklum, atau belajar dan mengajar atau maksud ringkas mengajar ilmu agama.. Tabligh biasanya dilakukan oleh ustaz2, alim, dan ulamak..tabligh bermaksud menyampaikan ilmu kpd ummat. Sgt berbeza dgn dakwah..dakwah wajib utk semua tetapi tabligh wajib disampaikan oleh golongan berilmu..
           Hari ini telah berlaku salah faham dlm masyarakat, kebanyakan para alim berkata mereka sudah berdakwah kpd manusia tetapi hakikatnya mereka hanya bertabligh..dakwah adalah utk iman manakala tabligh adalah utk ilmu. Hari ini mana2 surau ada majlis ilmu tetapi tidak ada usaha dakwah secara berjamaah.. Maka umat hari ini yg dtg ke surau adalah mereka yg mahukan kpd agama shj, tiada siapa yg dakwah mereka yg tidak mahu kpd agama utk ke surau.. maka agama mati hari ini.. Dakwah pula mesti ikut tertib yg ditunjukkan Rasulullah. Bagaimana tertib Rasulullah dan sahabat? Itulah tertib yg ditunjukkan oleh jamaah tabligh di seluruh dunia. Jamaah ini org yg gelarkan tabligh, bkn jamaah ini menggelarkan diri mrk sbg tabligh kerana jamaah ini melakukan sebenarnya dakwah bknnya tabligh. org yg menggelarkan jamaah ini sebagai jamaah tabligh. Maulana Ilyas yg menghidupkan kembali tertib dakwah cr baginda Muhammad s.a.w. menggelarkan jamaah ini sebagah jamaah yg usaha atas iman. dakwah utk diri sendiri utk iman sendiri, bkn utk org lain. Tertib dakwah cara nabi ini sudah lama mati sejak zaman kerajaan Uthmaniah lg. Mereka hanya pentingkan ilmu semata2 maka dakwah mereka tinggalkan, lalu Allah hantar gol monggolia dan Nasrani musnahkan kerajaan Islam gah tersebut.
             Tetapi sekitar 1940 an usaha dakwah yg sebiji cara Rasulullah dihidupkan semula oleh Maulana Ilyas Rahimatullah.. Sehinggalah sekarang Jamaah bergerak di seluruh dunia.. manusia berduyun2 masuk Islam apabila jamaah sudah sanggup bg masa utk agama dan atas maksud kerja dakwah mereka sudah sanggup korbankan kemahuan diri, isteri dan anak2 atas maksud agama Allah, asbab korban mereka Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam.. Tetapi di Malaysia usaha dakwah ini berjalan sgt lmbat kerana org Malaysia masih ramai yg tidak sanggup korbankan masa utk agama. Halangan lain adalah fahaman Ikhwan muslimin yg sgt berleluasa, fahaman mereka semata2 ingin merampas kuasa drpd kerajaan utk menegakkan hukum Allah.. tetapi dakwah langsung mereka tinggalkan maka tiada bantuan Allah dlm kerja mereka. Bagaimanakah tertib yg paling betul? Rasulullah sudah tunjukkan lama dulu, Kerja Dakwah yg nabi tunjuk ada 1 set..Mesti ada Jemaah dlm masjid dan jemaah luar masjid. salah satu tertibnya adalah semasa berjalannya ghash, satu jemaah dibentuk, salah seorg akan bercakap tentang kebesaran Allah di hadapan manakala yg lain akan memperdengarkannya.. kemudian jemaah di luar akan dibentuk utk memanggil umat drpd pintu ke pintu2, lorong ke lorong, ajak mereka ke masjid utk memperdengarkan kebesaran Allah.. kemudian dlm masjid ada seorg yg penyambut tetamu, mengajak org dlm di masjid dtg kpd majlis yg menyebut kebesaran Allah, dan ada satu org yg berzikir supaya memberi kekuatan terhadap jemaah di luar.. inilah set dakwah yg nabi tunjuk.. sgt strategik.
             Kalau dlm politik kita punya organisasi yg strtegik utk menarik undi org begitu juga dgn dakwah harus ada strategi yg baik sebiji dgn cara Rasulullah dan para sahabat..Walaupun kita ada fb dan blog, kita ajak umat dtg kpd Allah yakenlah kita belum buat dakwah lg.. Ini sajalah cara baginda. Kalau cara solat, puasa,zakat dan haji kita setuju ikut cara Muhammad apakah apabila medium utk smpikan agama yakni dakwah kita setuju ikut cara yahudi dan nasrani? sedang sekecil2 perkara seperti ke tandas dan cara mkn pun baginda tunjuk cara baginda kpd kita tiba2, perkara besar seperti dakwah kita cakap baginda tidak tunjuk cara baginda kpd kita? umat jenis apa kita ni apabila tiba2 keluar drpd mulut kita kita bebas dlm dakwah? alasan mereka merujuk ayat ini " dakwahkanlah dgn jalan hikmah dan sabar"? siapa kita utk suka2 tafsirkan ayat ini? sy mahu tanya adakah cara lain paling hikmah drpd cara Rasulullah? yakenlah dakwah pun nabi tunjuk sunnah baginda kita.. Ikut sunnah insyaAllah pasti ada kejayaan.
            Rasulullah telah wariskan 2 perkara kpd kita.. iaitu ilmu baginda dan kerja baginda. Ilmu baginda diwariskan kpd para alim ulamak manakala kerja baginda iaitu kerja dakwah baginda wariskan kpd seluruh umat baginda. Maka wajib kita buat dakwah dan wajib dakwah kita semirip cara Rasulullah. Ilmu tanpa iman tiada gunanya. Pengetahuan sudah smpi di kepala kita tetapi apabila tiada iman tiada yaken terhadap Allah maka kita akan lemah utk beramal.. maka apa gunaya ilmu agama yg kita pelajari bnyk kalau usaha atas iman kita tidak buat? Iman meningkat apabila kita buat dakwah cr Rasullullah. Lg satu perkara apabila kita ckpkan kebesaran Allah kpd umat, kita mesti niatkan percakapan kita utk diri sendiri dan bkn utk tarbiah org.. jika kita dakwah niat utk tarbiah org lain maka kita sendiri tidak akan dpt hidayah apatah lg org yg didakwah.. Tuan2 segala apaya yg sy tulis dlm blog sy ini bkn dakwah sy terhadap tuan2.. semata perkataan sy ttg agama Allah yg mulia shj.. dakwah hanya sa nya cr Rasulullah diterima Allah.. ini bkn dakwah sy..ini semata2 tulisan sy bg membetulkan salah faham ummat ttg tabilgh dan dakwah.. InsyaAllah segala apa yg kita baca dan kita dgr kita doa kpd Allah agar Allah beri kita kekuatan dan kesanggupan utk amalkan.. Ikutlah sunnah pasti ada kejayaan..InsyaAllah..

Copy dari http://hafizkilau.blogspot.my/2011/05/perbezaan-dakwah-dan-tabligh.html

No comments:

Post a Comment