Tuesday, May 12, 2015

Analogi miswak dan aku??

http://wirapendang.blogspot.com/2011/06/analogi-miswak-dan-aku.html



Islam telah menaikkan taraf yang tinggi kepada penggunaan amalan sunnah ini iaitu miswak. Kepentinggannya telah ditegaskan dalam banyak hadith Rasulullah SAW. Kenyataan dan contoh yang dilakukan oleh para sahabat dan ulama Islam membuktikan tentang kelebihan dan kepentingan miswak.

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “kalaulah tidak memberatkan umatku atau ke atas manusia maka akan ku perintahkan mereka dengan bersiwak untuk setiap solat”. (Bukhari dan muslim)

Suatu perkara yang seringkali kita melupai akan kepentingannya adalah mengenai amalan sunnah yang sering dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Perkara ini perlu diketengahkan agar ianya menjadi amalan yang tidak asing bagi umat kita sekarang ini iaitu mengenai dengan kepentingan penggunaan miswak. Amalan penggunaan miswak pada zaman Nabi adalah sangat lazim. Dalam apa keadaan sahaja baginda akan menggunakan miswak untuk membersihkan mulut.

Miswak iaitu ranting kayu yang digunakan untuk menggosok dan membersihkan gigi telah digunakan lama sebelum zaman Nabi kita Muhammad SAW. Dalam hadith-hadith yang diriwayatkan menunjukkan miswak adalah merupakan sunnah dan amalan daripada semua nabi-nabi Allah SWT.

Maksudnya : dari Abi Ayub r.a. berkata, telah berkata Rasulullah SAW : “empat perkara diantara amalan-amalan para Anbia ialah bersunat, memakai atar, miswak dan bernikah”.(H.R Tirmizi)

Hal ini menunjukkan bahawa miswak telah digunakan sejak nabi-nabi yang terdahulu. Banyak di antara faedah dan manfaat penggunaan miswak dan yang terbesar sekali adalah berkat perkaitannya dengan amalan para nabi Allah melalui amalan ini.
Cerita aku di satu petang yang hening.

Sewaktu aku menjalani latihan Industri ataupun praktikal,ada satu orang budak yang selalu bermain di perkarangan masjid beredekatan tempat praktikal aku,dan aku selalu juga mengungjungi masjid tersebut untuk menunaikan solat berjemaah,hendak di jadikan cerita, salah seorang daripada kanak-kanak yang bermain di situ adalah merupakan seorang budak yang miskin,pakaiannya,pun kelihatan usang,rambut yang tidak di ikat dengan kemas,memang menyerlah kemiskinan beliau.

Ketika aku melalui perkarangan masjid itu,kelihatan kanak-kanak yang aku ceritakan tadi itu mengikuti aku,dan setelah aku perasaan,aku bertanya,kenapa ikut saya?
Budak tersebut berkata: saya nak duit,lapar,seharian tidak makan.
Aku tanya:mana mak ayah?? Tinggal di mana??
Budak tersebut berkata: mak ayah p kerja.Kami tinggal di situ,sambil jarinya menunjuk kearah satu tempat,yang kurang aku kenali.
Aku jawab:aku bagi ja,tak silap aku,aku bagi pada dia RM5,terus dia senyum.
Ketika itu juga laungan azan terus berkumandang,menndakan masuknya waktu asar bagi kawasan itu dan kawasan yang sama waktu dengannya.Maka aku terus ke tempat wudhuk,ketika aku mengeluarkan miswak aku,dan dengan selamba,menggosoknya,terasa nikmat....huhu.Aku tidak perasaan,bahawa,perbuatan aku ini,telah di lihat oleh budak tersebut,lantas beliau datang kepada aku,dan berkata,
Budak tersebut:rupa-rupanya abang lagi miskin daripada saya,gosok gigi guna ranting kayu,saya pun gosok gigi mengunakan berus gigi,tapi abang yang bagi duit pada saya tadi gosok gigi guna ranting kayu,Miskin juga abang ni??
Aku jawab:sambil mimik muka berubah ke arah senyuman dan sedikit di campurkan dengan perasaan hiba dan ketawa,aku cakap padanya,ini merupakan miswak,bukan ranting kayu biasa,merupakan sunnah junjungan besar kita.
Budak tersebut:beliau mengangguk,aku tidak tahu dia faham ke tidak???
Keesokan harinya,ketika aku sedang bekerja(praktikal la tu) datang budak tersebut,dan tangannya ada,sesuatu,budak tersebut terus meluru ke arah aku,dan setelah berjaya mendapatkan aku,beliau terus memberikan kepada aku sesuatu dan apabila dibuka,rupa-rupanya,terisi berus gigi serta ubatnya,kemudian,aku bertanya,kenapa bagi aku?? Dia menjawab,sebagai hadiah supaya abang tidak lagi mengunakan ranting kayu sebagai alat untuk mengosok gigi.Lagi sekali aku terkena??????hahahaha...
Cerita di atas adalah merupakan kenangan manis aku,ketika aku menggunakan miswak untuk membersihkan mulut aku,ketika aku hendak solat.Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

Miswak @ sugi adalah amalan Nabi Saw.Kepada mereka mereka yang sudah bersugi @ miswak,maka teruskan sehingga ka akhir hayatmu serta syabas di ucapkan kerana bersabar diatas segala kata-kata kurang enak sepanjang bersugi @ bermiswak ini.Sebenarnya,kamu adalah manusia sejati yang mencintai rasulnya.

No comments:

Post a Comment