Sempat jugak saya jumpa Maulana Umar di Madinah dan Mekah
1997 .Beliau ketika itu dikelilingi oleh pelajar2 Hafiz AlQuran . Bila saya
musofahah dia tengok muka saya. Muka beliau bersih bercahaya penuh dengan zikir
dan fikir...do da'wah your work....Itulah Haji terakhir beliau dan selepas
pulang haji beliau meninggal dunia. Al Fatihah. Nawwarallahu Marqadahu Bayan
Oleh : Maulana Muhammad Umar Palanpuri Pengalaman manusia itu khilaf tetapi
kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda.
Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah
badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta Kestabilan
wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan
masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum,
senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir
tadi akan luput.Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi
lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut. Roh tertakluk kepada
beberapa keadaan: 1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa
bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang
Mahsyar kelak. 2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur
balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian
dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah. 3.
Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan
akan Dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api
neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk
sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk
menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada
sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi dilangit. Dalam ta'lim
kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila
wujudkesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang
kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah. Kewujudan dakwah --pada: Lidah
(percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga
amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana
keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global)
juga datang dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al
Quran) Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada
Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang
pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana:
"Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka:
"Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang
ini." Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi
kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat.
Yakinlah dengan kepakaran bagindaNabi saw." Pada diri manusia ada 2
keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, &
sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air
yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak
ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api
tidak nampak dengan mata zahir ini. Buatlah usaha agama dengan perasaan takut
& bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia
& akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul… jawabnya ialah
kerana amal tidak kuat. Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita
perlu: 1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah & korban 2. Sahih
Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail 3. Sahih Dian - penumpuan
yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran,
zikir & doa 4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca
dari taklim fadhail 5. Sahih iat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.
Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada
seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat.
Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai
terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan
oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin
rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya
terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya
terbakar. Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan
keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur.
Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya
beransuransur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran.
Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab
dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga
manusia berkata: "Cepatkanlah penghisaban... kami tidak tertahan lagi
kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya
tidak berani menghadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw
dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan
kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur &
alam akhirat. Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu
keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke
dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000
tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian
Allah akan difahami. Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya
wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak. Dan umat terbahagi kepada 2
golongan: 1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak
betul. 2.Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan
kehidupan mereka susah. Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya
bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang
dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib
seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan
mata zahir. Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu
Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang.
Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu.
Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya
semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari
keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak
mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga
sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk. Umat yang
beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya
(Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan
kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya:
"Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?"
Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang
tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara. Penduduk Madinah
mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak.
Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila
melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah
di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging
disediakan untuk musafir yang lalu.Setiap musafir diminta makan & minum
walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran
Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa
kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk
dari tempat yang panas ketempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu
suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid diatas muka alam
ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24
jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Di
akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat.
Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: "Seorang
yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat."
Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan.
Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah
benda. Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar
serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari
Kiamat.Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena
Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan
kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan
menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolonganAllah telah turun
kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yangkaya dapat tunaikan zakat.
Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan.
Pertolongan Allah akan diangkat bila: 1.Buat usaha dengan niat dunia,
2.Kelemahan dalam syor, 3.Wujud pecah-belah, 4. Orang tidak taat. Inilah yg
terjadi dalam Uhud . Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam
Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain.
Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan
sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia.
Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik
& ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan
untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk
buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang disertai dengan
akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa
dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit.Natijah penyakit jasmani adalah Maut.
Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka
mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang
diberi ketika di dunia. Fir’aun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan
oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang
Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur.
Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak
mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di
Madinah barulah perintah "melawan" turun. Dalam perang Uhud, tentera
kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan
yang sedang bersedia di atas bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus
fikir dalam hati tentera tsb: "Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah
dan bantu ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yang
masih ada." Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin
Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan
menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 orang tentera
kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat
telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah ‘mensyahidkan’
gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda. Dalam kerja ijtima’i,
kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal
tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal
ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun
teruskan perjuangan (usaha)." Inilah tahap Uhud: 1.Kemenangan, 2.Kekalahan
sementara (kerana bantuan diangkat Allah), 3.Bantuan datang kembali . Iktibar
dari peristiwa Uhud: 1.Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka
Allah akan tapis dan buang kotoran itu. 2.Apabila bersih barulah bantuan datang
kembali. Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya
mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan
datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan
diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw:
"Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul.
Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi
saw: "Orang yang terbaik diantara yang bersalah ialah orang yang
bertaubat." Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada
dibelakangnya: "Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku
seperti anjing Ashabul Kahfi.Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan
amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji
tidak akan mengulanginya lagi." Maulana mendoakan pendosa itu dari
belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan
sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan
majma' yang dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bulan utk kekalkan
perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata:
"Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu." Selang
beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya & berterima
kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat
perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya. Dalam
Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan
iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama
merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang
tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti
Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya,
iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang
bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan
sendirinya yang tidak tulin akan diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin:
Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong. (Maulana baca ayat Al
Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling heboh, tetapi bila ujian tiba
mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi.Sesungguhnya ujian Allah tetap akan
datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin. Apabila beri syor dalam
mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap
keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti
pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak
akan menerima syor tersebut. > Maulana Muhammad Umar Palanpuri< Semoga
Allah bagi taufik untuk kita ambil iktibar, amal dan sampaikan
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment